Connect with us

Oh! Media

Luahan Puteri Sarah Kepada Neelofa Buka Mata Ramai Wanita, – ”Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Cbc86799 5010 46b6 81e4 79a37eda0752

Oh! Artis

Luahan Puteri Sarah Kepada Neelofa Buka Mata Ramai Wanita, – ”Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Puteri Sarah Liyana menafikan faktor dia sibuk bekerja sebagai punca masalah yang dialaminya ketika ini. Dia meluahkan perlu mengambil masa yang lama untuk memutuskan kembali bekerja.

Perkara itu dikongsikan Sarah ketika melakukan siaran langsung bersama Neelofa di mana dirinya telah berkorban dan tinggalkan kariernya untuk fokus menjadi suri rumah selepas bernikah dengan Syamsul Yusof.

Sanggup buang karier dan semuanya demi keluarga…

Masa nak kahwin, I buang semua. I korbankan semuanya, memang I buang karier I semua dan fokus jadi suri rumah. Jadi suri rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Enam tahun tau saya jadi suri rumah.

Namun, dia nekad untuk mempunyai kerjaya dan duit simpanan sendiri apabila sudah nampak ‘masalah’ tiba kerana risau apa-apa berlaku kepadanya.

IKLAN

Sebenarnya, saya ambil masa lama sangat untuk buat keputusan itu sebab saya ditanggung oleh suami. Saya tak bekerja. Enam tahun saya duduk rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Saya tak kerja.

Rata-rata sebak dengar perkongisan Sarah dan bersetuju…

@amyqashrina Disuruh duduk rumah jaga anak diikutkan. Dilayan buruk didiamkan. Orang tua dimuliakan. Hubungan dengan mertua dijaga rapi tidak menyalahkan. Anak-anak dididik baik, sebaik-baik cita-cita didoakan.#bestrong #fighter #puterisarahliyana #puterisarah #selebriti #viral #irakazar #syamsulyusof ♬ original sound – Amy Qashrina II – Amy Qashrina Legacy

Perkongsian Sarah itu mengundang rasa sebak ramai netizen yang menonton dan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Sarah apabila dia mengatakan wanita perlu ada duit sendiri.

Ramai yang meluahkan tentang pengorbanan wanita selepas berkahwin kerana mahu fokus menjaga rumah tangga, suami dan anak-anak.

Malah, segelintir daripada mereka berkata sebenarnya apa yang Sarah lalui itu adalah realiti sebenar ramai wanita lain turut rasakan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas