Oh! Artis
“Tergedik Dengan Jantan Boleh Pula” – Dikecam Buat Trend ‘Penguin Dance’, Lana Nodin Bersuara
Baru-baru ini, tular di media sosial trend tarian ‘penguine dance’ ketika menerima duit raya di pagi Syawal. Ahli keluarga dilihat beratur sambil menari comel mengikut rentak muzik yang catchy.
Namun, kontroversi mula timbul apabila ada pihak mengaitkan pergerakan tarian itu dengan upacara Bar Mitzvah masyarakat Yahudi.
Lana Nodin dikecam menari Penguin Dance
Tak ketinggalan menerima kecaman adalah selebriti popular, Lana Nodin yang turut berkongsi videonya bersama keluarga mencuba trend ‘penguin dance’ itu.
Memetik laporan Hib Glam, Lana tampil menjawab kecaman menyatakan ramai yang lebih suka ‘twist’ kenyataan asal berbanding nak terima penjelasan yang disertakan dengan fakta.
Bila aku dah jawab Penguin Dance bukan budaya mereka ‘dan-dan’ je kalian twist balik kata ‘oh, bukan budaya Melayu’.
Katanya lagi, ramai je sebelum ni yang menari sakan di media sosial, namun tidak pula dilabel bukan budaya Melayu.
“Tergedik dengan jantan belum kahwin tak ada pula kau kata bukan budaya Melayu?” – Lana

Habis yang terkinja-kinja selama ini dalam media sosial, tergedik dengan jantan belum kahwin tak ada pula kau kata bukan budaya Melayu atau budaya Islam? Lepas ni siapa buat Chicken Dance pun haramkan bukan adab orang Melayu. Lupa nak bagi tahu, poco-poco pun sama juga pergerakan dia. Tak pula kata salib.
Lana juga sempat ‘sound’ netizen yang sibuk mempertikai cara dia beraya bersama keluarga. Katanya, itu hak masing-masing dan dia berhak untuk sambut Syawal ikut caranya sendiri.
Raya aku, suka aku lah nak sambut macam mana. Macam kau bagi duit raya kat anak-anak buah aku. Ke kau cemburu tengok kami sekeluarga bahagia.
Terdahulu, tular dakwaan mengatakan pergerakan viral itu adalah tarian upacara keagamaan masyarakat Yahudi.
Namun, ada penjelasan menyatakan ianya berasal dari Romania atau Albania yang wujud sejak 70 tahun lalu.
Kredit: Hib Glam
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM