Oh! Artis
“Laki Siapa Ni? Mana Tahu Kenal” – Isteri Pekin Ibrahim Ditawar RM20,000 Untuk ‘VC’ Selama 5 Minit
Selebriti popular, Mona Allen tidak berselindung mendedahkan mesej individu gatal yang diterimanya di Instagram.
Dalam mesej tersebut, lelaki yang menggunakan nama Shxh menawarkan wang RM4,000 jika Mona Allen setuju untuk membuat panggilan video dengannya.
“Benda tak baik, just tengok je”

Lelaki tersebut berkata, panggilan video adalah tidak senonoh dan Mona perlu tengok je. Isteri kepada Pekin Ibrahim ini dengan tegas menolak namun lelaki itu memujuk dengan menaikkan bayaran sehingga RM20,000.
“Laki siapa ni?” – Mona Allen dedah mesej lelaki gatal

Laki siapa ni? Korang check tengok mana tahu kenal. Video *** pun ada.
Dalam tindak balasnya, Mona memberikan amaran supaya lelaki tersebut berhenti menghantar mesej kepadanya sebelum mengambil langkah menyekat akaun tersebut.
#OhmediaNasihat
Sebagai pengguna media sosial, gunalah aplikasi untuk hal-hal yang berfaedah. Janganlah pula membuat gangguan seksual seperti ini. Diri sendiri dan keluarga juga yang menanggung malu!

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Mona Allen
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM