Oh! Artis

“Lain Kali Nak Minta Tolong Orang, Jangan Tiba-Tiba Tak Boleh Hadir” – Caprice

Published on

Kes saman melibatkan penyanyi rap Caprice dan ahli perniagaan Datuk S.M. Faisal Nasimuddin selesai selepas Caprice memohon maaf di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Azian Othman.

BACA: “Terima Kasih Bertahan Dengan Jejaka Paling Kontroversi Di Malaysia..” – Caprice

Penyanyi itu turut membuat satu hantaran Instagram memohon maaf secara terbuka kerana telah mengulas kes SM Faisal bersama bekas isteri, Emilia Hanafi yang berbaur fitnah.

Di hantaran lain, Caprice meluahkan rasa berang dengan sikap Emelia yang didakwa tak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung video yang dimuat naiknya.

Penyanyi ini dikatakan perlu hadap seorang diri sedangkan Emelia yang terlebih dahulu meminta tolongnya untuk ‘bersuara’.

Difahamkan, selain permohonan maaf penyanyi ini juga perlu membayar RM6,000 sebagai denda. Meninjau ke Instagram, Caprice dilihat menukar gambar profil Instagramnya kepada gambar ‘Emelia’.

Penyanyi ini juga menawarkan hadiah sebuah kereta kepada pengikut Instagram yang bertuah sebagai tanda kesyukuran kerana kes mahkamah ini selesai dengan baik.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Nikmati Moments of Indulgence anda bersama Vochelle. 🗓️2-6 Ogos 2023 🕐10.00AM-10.00PM 📍LG East Wing, IOI City Mall, Putrajaya #Vochelle#RefiningIndulgence#MomentsofIndulgence#VochelleRedemption #JoinNow#EasySteps#RedeemRewards#TreatYourself#ChocolateLovers ♬ original sound – Oh! Media

Exit mobile version