Oh! Artis
Krisdayanti Dikecam Ziarah Pusara Tanpa Tutup Aurat, Netizen Dakwa ‘Gimik Politik’?
Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas gambarnya menziarahi pusara arwah bapanya tular di media sosial.
Namun, penampilannya menjadi isu besar apabila dia dilihat tidak bertudung dan mengenakan baju berlengan pendek.
Krisdayanti ziarah pusara bapa hanya drama politik?

Dalam foto tersebut, Krisdayanti menabur bunga di pusara bapanya sambil bergambar dengan batu nisan. Namun, netizen mempertikaikan tindakannya, mendakwa niat sebenar ziarah itu adalah untuk meraih simpati menjelang Pemilihan Ketua Daerah Indonesia 2024 (Pilkada 2024).
Sepatutnya tutuplah aurat, bukannya biarkan kepala dan lengan terbuka.- Tulis seorang netizen.
Ada juga yang mempersoalkan keperluan meminta restu kepada seseorang yang sudah tiada.
Kontroversi lama bangkit semula, Krisdayanti dan politik

Ini bukan kali pertama Krisdayanti berdepan kritikan. Sebagai ahli politik yang pernah menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPRRI) pada 2019, segala tindak-tanduknya sering menjadi perhatian ramai.
Tindakan terbarunya ini mengundang pelbagai reaksi, ada yang melihatnya sebagai gimik politik, sementara yang lain menegur soal adab dan pakaian ketika menziarahi pusara.
#OhmediaNasihat
Adab ketika menziarahi pusara amatlah penting untuk dijaga. Selain menghormati si mati, ia juga mencerminkan keperibadian kita.
Ingatlah, setiap tindakan kita pasti akan menjadi perhatian, lebih-lebih lagi jika kita seorang figura awam. Jangan sampai niat baik disalah anggap!
