Connect with us

Oh! Media

Konon Sindir PU Syed Diam Isu Konsert Di Kelantan, Sekali Ustaz Balas Balik.. Setepek!

Oh! Artis

Konon Sindir PU Syed Diam Isu Konsert Di Kelantan, Sekali Ustaz Balas Balik.. Setepek!

Penyanyi kontroversi Baby Shima tampil mempersoalkan mengapa tiada seorang pun pendakwah bersuara mengenai konsert yang dianjurkan di Kelantan.

ADVERTISEMENT

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram Stories itu, Shima memetik posting yang pernah dibuat PU Syed mengenai persembahannya.

BACA: Baby Shima Tak Puas Hati PU, Ustaz Dan Ustazah Senyap Bila Konsert Di Kelantan Halal

Shima berkata adalah tidak adil jika konsertnya sahaja dibantah tetapi konsert-konsert artis lain dibiarkan sahaja.

Dalam hantaran terbaru, PU Syed menafikan dakwaan beliau memilih artis-artis tertentu dalam memberi teguran.

Mengenai isu konsert di Ketereh Kelantan, PU Syed sendiri telah membuat catatan dan meminta Baby Shima membacanya dengan baik.

Jadi menurut beliau, dakwaan Baby Shima bahawa dia berdiam diri adalah salah. Lebih kesal lagi apabila menegur dan membantah sesuatu perkara dianggap menyalak bagi artis ini.

PU Syed turut memberi pesanan supaya penyanyi dangdut tersebut berubah jika sedar persembahannya tidak senonoh dan melanggar syariat Islam.

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas