Connect with us

Oh! Media

“Kita Sibuk Cakap Pasal Adab Tapi..” – Beri Pendapat Peribadi Isu Viral, Erma Fatima Dikecam

Oh! Artis

“Kita Sibuk Cakap Pasal Adab Tapi..” – Beri Pendapat Peribadi Isu Viral, Erma Fatima Dikecam

Sejak semalam, hangat diperkatakan apabila tular rakaman video memaparkan usahawan terkenal dipercayai mengherdik seorang penghuni pusat gelandangan di Kuala Lumpur. Rata-rata meluahkan rasa marah melihat orang tua diperlakukan sedemikian di hadapan ramai orang. Pelakon, pengarah dan penerbit, Erma Fatima walau bagaimanapun mempunyai pandangan yang berbeza.

ADVERTISEMENT

BACA: Peguam Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkan Usahawan Carl Samsudin

Beliau berpendapat, sesetengah orang perlu digegarkan untuk membangunkannya dari tidur dan mungkin pendekatan yang diambil usahawan itu dilihat sedikit ganas. Gara-gara pendapat itu, Erma Fatima dipercayai menerima pelbagai kecaman daripada netizen. Ada yang sampai menerjah ruangan private message pelakon ini semata-mata ingin meluahkan rasa tidak puas hati.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, pelakon ini menjelaskan dia sebenarnya lebih peduli mengenai nasib anak bangsa yang hidupnya merempat. Di pusat itu sendiri, terdapat lebih 80 orang gelandangan yang berumur di antara 30 ke 60 tahun.

Menurutnya lagi, pusat tersebut hanyalah rumah tumpangan dan penghuni dibenarkan tinggal selama dua minggu ke tiga bulan sahaja. Di situ mereka dibantu sepenuhnya oleh kerajaan sehinggakan ada yang tidak mahu keluar bekerja. Tidak cukup dengan itu, pihak pengurusan turut membantu mereka mencari pekerjaan namun tidak semua mahu mengubah nasib hidup.

Ujar Erma, netizen sendiri tidak mempunyai adab ketika menegur dan hanya tahu mencari kesalahan orang lain. Jika betul seseorang itu salah, tegurlah dengan bahasa yang baik bukannya kutukan.

Cukup-cukuplah perasan nak ambil kerja Tuhan. Asyik nak cari salah orang lepas tu tegur orang tak beradab. Cermin muka dulu sebelum kita nak tuding jari pada orang. 

Erma turut menasihati netizen supaya cermin diri sendiri sebelum menuding jari kepada kesalahan orang lain. Beliau yang menerima pelbagai cacian berasa ‘mual’ dengan bahasa kesat yang dilemparkan netizen kepadanya.

Kredit: Erma Fatima

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas