Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

‘Kita Makan Budu, Sambal Belacan Mesti Ada Lidah Keras Tu’ – Siti Sarah

Penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan, Siti Sarah mempersoalkan individu yang gemar menegur kesalahan sebutan bahasa Inggeris. Menerusi ciapan di Twitter, Siti Sarah tidak dapat memahami mengapa wujud orang yang suka mencari salah.

Menurutnya, bagi orang Melayu yang makan budu dan sambal belacan, sudah semestinya tidak semua boleh menyebut dengan baik.

IKLAN

Secara peribadi, isteri kepada Shuib ini ‘okay’ sekiranya seseorang bercakap bahasa Inggeris tanpa menggunakan tatabahasa yang betul. Baginya, tidak perlulah malu untuk berbahasa Inggeris ‘broken’ asalkan ada usaha untuk mencuba.

Jelasnya lagi, seseorang seharusnya belajar sebutan bahasa Inggeris yang betul tetapi janganlah pula malu untuk bercakap bahasa perantaraan seluruh dunia itu walaupun salah.

Siti Sarah juga sempat berpesan supaya menjaga aib orang lain dalam memberi teguran sebagaimana Allah SWT menjaga aib hambaNya.

Kredit: Siti Sarah

+ Baca komen pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas