Connect with us

Oh! Media

“Kilang Buka Terus Produce” – Anak Baru Masuk 7 Bulan, Isteri Fizo Omar Hamil Lagi

Oh! Artis

“Kilang Buka Terus Produce” – Anak Baru Masuk 7 Bulan, Isteri Fizo Omar Hamil Lagi

Baru je menimang cahaya mata Jun tahun lalu, Fizo Omar menerusi hantaran terbaru di Instagram memaklumkan berita gembira bahawa isterinya, Fazeera Nazri hamil lagi.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu hantaran video di Instagram, pelakon kelahiran Kelantan itu dilihat sedang menyapu minyak di bahagian perut anak perempuannya, Wan Khaleeda yang kini berusia 7 bulan.

Wan Khaleeda 7 bulan

Isterinya, Faz kemudian datang mengadu turut berasa tak selesa dan Fizo memaklumkan ‘ubat’ kembung perut isterinya kena tunggu sehingga usia 9 bulan.

Isteri hamil lagi

Dimaklumkan, bekas pramugari itu kini sedang hamil lima bulan dan Fizo menjelaskan Wan Khaleeda berbeza hanya 11 bulan daripada usia kandungan.

Di ruangan komen, rakan artis dan para peminat mengucapkan tahniah di atas berita baik itu. Mereka mendoakan semoga kandungan sihat dan bayi dilahirkan dengan selamat.

Psst; makin meriahlah rumah Fizo nanti kan? Tahu-tahu dah ada 3 orang anak.

Kredit: Instagram Fizo Omar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas