Connect with us

Oh! Media

Kes Saman Fara Mendoza Dan Zarina Anjoulie, Mahkamah Keluarkan Perintah Gag Order

Ohmedia anju Saman

Oh! Artis

Kes Saman Fara Mendoza Dan Zarina Anjoulie, Mahkamah Keluarkan Perintah Gag Order

Anju balas saman Fara Mendoza, tuntut RM3 juta dan permohonan maaf!

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjadi tumpuan apabila perintah larangan bersuara atau gag order telah dikeluarkan terhadap dua figura terkenal, Zarina Anjoulie dan Fara Mendoza.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu untuk menghalang kedua-dua pihak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes yang sedang berlangsung.

Dilaporkan, kes saman fitnah berkenaan telah difailkan oleh Norfaralinah Md Yunus atau Fara Mendoza terhadap Anju. Anju kemudian memfailkan tuntutan balas terhadap saman Fara Mendoza.

IKLAN

Kes berlarutan sejak empat tahun

Fara Mendoza

Memetik laporan Sinar Harian, Anju meluahkan hasrat untuk segera menamatkan pertikaian yang telah berlarutan terlalu lama.

Dah empat tahun kes ini dan kita pun nak ia berakhir, kita tengok macam mana dan berdoa yang terbaik.

Fara Mendoza pula hadir ke mahkamah dengan diiringi pasukan peguam dari Tetuan Rejinder Singh & Associates. Difahamkan, perbicaraan akan bersambung pada 24 Julai dan 4 Ogos ini.

Anju tuntut ganti rugi RM3 juta dan permohonan maaf terbuka

Anju

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Anju berjaya membatalkan penghakiman yang difailkan oleh Fara Mendoza di Mahkamah Tinggi Seremban.

Difahamkan, Anju tidak pernah menerima saman secara peribadi dan menyangka peguam lamanya telah menguruskan kes itu. Namun, peguam tersebut disahkan terkena angin ahmar dan firma guamannya ditutup.

Anju mengemukakan tuntutan balas terhadap Fara Mendoza termasuk ganti rugi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk serta perintah injunksi untuk menghalang Fara daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah pada masa hadapan.

Anju juga menuntut kenyataan yang didakwa fitnah yang dibuat Fara ditarik balik, permohonan maaf secara terbuka serta kos tindakan dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pssttt! Kecoh juga kes Anju dengan Fara ni dulu, kejap je dah empat tahun rupa-rupanya. Harap dapat selesai dengan baiklah.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsi dengan rakan anda melalui platform pilihan.

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas