
Oh! Artis
Kes Amang Seksual Dua Remaja Lelaki, PU Azman Didakwa Di Mahkamah
Oleh
Penceramah selebriti terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal pada Februari dan Julai lalu.
Berdasarkan tiga pertuduhan, PU Azman didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas dua remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau serta berdepan dengan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Walau bagaimanapun, PU Azman yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna gelap ketika itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Cik Man perlu lapor diri di balai polis setiap bulan
Dalam pada itu, memetik laporan daripada Utusan, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Bukan itu sahaja, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu PU Azman perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dengan pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.
Kredit: Utusan
