Oh! Artis
“Kenapa Tak Saman Betina Yang Buat Cerita?” – Elcah Balas Tuduhan Menfitnah
Pempengaruh, Elcah menjelaskan dirinya tidak menfitnah dan ada bukti pengakuan.
Pempengaruh media sosial, Elcah tampil mempertahankan diri selepas didakwa menyebarkan fitnah berkaitan seorang selebriti.
Hantaran yang dimuat naik di Instagram Story itu mempersoalkan mengapa dirinya disaman dan bukan pihak sebenar yang membuat cerita.
“Aku tak buat fitnah” – Elcah
Beliau menegaskan dirinya tidak menfitnah, sebaliknya hanya menyampaikan semula dakwaan yang dikatakan datang daripada individu lain yang terlibat.

Menurutnya lagi, dia tidak ada masa untuk sengaja mencari gaduh dengan artis, sebaliknya hanya menyampaikan cerita yang sudah tersebar.
Hantaran ini bagaimanapun dipadam tidak lama selepas dimuat naik di media sosialnya.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM