Connect with us

Oh! Media

Kenal Melalui Kawan, Intan Najuwa Jumpa Datuk Kali Pertama Di Kedai Kopi

intan najuwa

Oh! Artis

Kenal Melalui Kawan, Intan Najuwa Jumpa Datuk Kali Pertama Di Kedai Kopi

Pelakon Intan Najuwa mengejutkan peminat dunia hiburan apabila menamatkan zaman bujang semalam. Iyalah, pelakon ini memang jarang sekali berkongsi hal peribadi kepada umum, tup tup dah nikah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Laki Dia Manis, Padanlah” – Intan Najuwa Kahwin Dengan Datuk, Terima Wang Hantaran RM222,000

Mesti ramai yang tumpang gembira dengan berita baik itu kan? Ketika ditanya mengenai detik pertemuan kali pertama, Intan berkata dia dan suami, Datuk Azraf Azman berjumpa di kedai coffee.

intan najuwa
Kredit: Instagram Media Hiburan

Menerusi video yang dimuat naik Media Hiburan, Intan berkata kawan baik Datuk Azraf merupakan sahabatnya. Dari situ mereka berkenalan, hanya bertegur sapa seperti biasa tetapi tak sangka berjodoh.

Tak ada yang special pun first met kita. Bestfriend Asyraf kawan I jugak so mutual friend la. Terjumpa say hi hi tak tau pula sampai sekarang sangkut.

Sementara itu, Intan mengaku suaminya tak dikenali ramai kerana perniagaan yang diusahakan bukanlah mengenai bidang hiburan. Dia sendiri mula mengenali suami apabila dikenalkan oleh seorang rakan.

Kredit foto: project2pi

I sebak sebab i memang jumpa lelaki yang betul-betul yang boleh jaga I. Macam-macam yang kita lalui, ups and down. Akhirnya jadi juga sebab itulah I sebak.

Mengenai cahaya mata pula, pasangan ini tidak merancang dan menerima dengan hati terbuka takdir Allah SWT.

Jika rezeki datang awal, mereka sudah bersedia dengan kehadiran zuriat. Namun, jika belum ada rezeki untuk mendapatkan anak, mereka juga okay.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas