Connect with us

Oh! Media

Kelibat Aliff Aziz Dan Ruhainies Dirakam Sejam Sebelum Bella Astillah Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Tuntut Cerai

Aliff aziz ruhainies ohmedia

Oh! Artis

Kelibat Aliff Aziz Dan Ruhainies Dirakam Sejam Sebelum Bella Astillah Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Tuntut Cerai

Semalam kami melaporkan pelakon, Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap Aliff Aziz tapi suaminya itu tidak hadir dan sebutan semula kes akan diadakan pada 4 April nanti.

BACABella Astillah Nekad Bercerai, Aliff Aziz Tak Munculkan Diri Ke Mahkamah

Menurut laporan mStar, Aliff tak hadir dan beri alasan sedang berada di lokasi penggambaran tapi ramai yang tak puas hati sebab dia patut utamakan urusannya dengan Bella dari perkara lain.

IKLAN

Ada yang berpendapat Aliff sebenarnya tidak mahu lepaskan isterinya sebab masih sayang. Walau bagaimanapun, alasan yang diberikan Aliff itu benar selepas tular satu video menunjukkan dirinya berada di sebuah lokasi penggambaran di Johor sejam sebelum Bella Astillah hadir ke mahkamah.

Img 8879

Bukan tu jer, Ruhainies juga turut kelihatan dalam video itu dan mereka dipercayai menyambung penggambaran drama bersiri Terjerat.

Kalau korang tengok video itu, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat sangat profesional menjalankan tugas walaupun shooting di bawah panas terik.

Apapun, semoga urusan Bella Astillah dan Aliff Aziz dipermudahkan demi kebaikan mereka berdua.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas