Connect with us

Oh! Media

Achey Dapat Hadiah Ford Ranger Asbab Tolong ‘Promote’ Bisnes

kereta achey

Oh! Artis

Achey Dapat Hadiah Ford Ranger Asbab Tolong ‘Promote’ Bisnes

Rezeki tak salah alamat, itulah yang dapat dikatakan apabila pelawak terkenal, Achey menerima hadiah sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

ADVERTISEMENT

Hadiah tersebut diberikan usahawan Faris Azri Choi kerana menghargai jasa baik pelawak itu yang sudi menolongnya ketika susah.

Achey menangis dapat Ford Ranger

@farisazrii Aku Surprise Kereta Ford Ranger Untuk Abg @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG ♬ original sound – Faris Azri Choii

Difahamkan, semasa berada di Johor akaun TikTok usahawan ini kena sekat. Jadi, dia meminta bantuan Achey untuk blast content seberapa banyak yang boleh di TikTok.

Faris Azri Choi berjanji, dia akan menghadiahkan Ford Ranger buat Achey apabila mendapat jumlah jualan yang dimahukan. Alhamdulilah, Choi nampaknya dah kotakan janjinya.

Achey yang terkejut dilihat menangis dan meluahkan rasa terharu ada yang sudi menghargai dirinya.

Bila saya dah buat perjanjian perkhidmatan untuk satu-satu company, saya akan buat sehabis baik. Kalau company tu layan saya sebagai family. Saya tak kisah, kau nak posting berapa banyak pun. Sampai orang cop muka saya “Kau ni penjilat Choii”. Saya tak peduli benda tu!

Di ruangan komen, netizen turut menangis dan menyifatkan itulah rezeki orang yang baik. Ada juga yang berkata, Tiara pembawa rezeki terbesar buat pelawak itu.

achey ford ranger
ford ranger

Tahniah Achey dapat kereta baru, memang betullah orang kata rezeki tak pernah salah alamat kan? Niat ikhlas nak bantu bisnes orang lain, akhirnya dapat ganjaran yang menggembirakan.

BACA: Aisar Khaled Hadiahkan Motosikal Baru, Achey Pula Nak Bantu Ambil Motor Disita

Kredit: TikTok Faris Azri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas