
Oh! Artis
Kantoi Panggil ‘Yang’, Peminat Syak Shila Amzah Bercinta Dengan Influencer Terkenal
Oleh
Nama penyanyi Shila Amzah kembali menjadi sebutan selepas dia didakwa sedang hangat bercinta dengan seorang pempengaruh terkenal media sosial iaitu Ubai. Sebelum ini, Shila dan Ubai bekerjasama dengan dua rakan lain membuat content di laman Youtube.
Keakraban mereka semakin ketara apabila tampil berdua ke Konsert Mahalini Live in KL di Zepp KL pada 29 Januari lalu dan baru-baru ini ke konsert Melly Goeslaw. Kawan tapi mesra ke tu?
Ke konsert bersama-sama
Lebih menimbulkan spekulasi apabila penyanyi lagu Patah Seribu ini didakwa tersasul memanggil Ubai dengan panggil ‘Yang’ ketika sesi langsung bersama-sama.
Kantoi panggil ‘yang’?
@shila.aubaifans_ Membalas kepada @kaklrasa fikir-fikirkan lahh 🤭 #shilaamzah #ubaimz #fypシ ♬ bunyi asal – Shila Ubai ᥫ᭡
@shila.ubaifans_ Sukanya tengok diorang dua ni 🥰 #fypシ #shilaamzah #ubaimz
♬ bunyi asal – Shila Ubai ᥫ᭡ – Shila Ubai ᥫ᭡
Untuk makluman, Ubaidillah merupakan seorang content creator dan mempunyai lebih 800,000 pengikut di TikTok. Di Youtube pula, dia mempunyai lebih 35,000 pengikut.
Apa-apa pun kita tunggu pengesahan daripada Shila Amzah sendiri, kalau ada jodoh apa salahnya kan?
Kredit: TikTok
