
Oh! Artis
Kandungan Hampir 8 Bulan, Siti Nurhaliza Akui Sukar Bernafas Rakam Album Kanak-Kanak
Oleh
Tanpa sedar, kandungan kedua penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sudahpun hampir 8 bulan. Wah!
Siti dalam perkongsian terbarunya mengatakan dia kini sedang dalam proses menyiapkan album kanak-kanak terbaru walaupun dalam keadaan sarat mengandung.
Dalam proses rakaman album kanak-kanak terbaru, memang tak dinafikan ada cabaran dari segi pernafasan. Maklumlah dah hampir 8 bulan dan jarang menyanyi sepanjang hamil.
Tapi Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan semua. Terima kasih team saya yang bekerja keras menyiapkan album ini. – Katanya di Instagram.
Mesti Aafiyah tak sabar nak dapat adik, boleh teman main nanti. Siti Nurhaliza dijangkakan melahirkan anak keduanya itu pada April depan dan semoga semua dipermudahkanNya. Amin.
Kredit: ctdk
