Connect with us

Oh! Media

“Kamu Ada 24 Jam, Minta Maaf” – Caprice ‘Sound’ Lelaki Gatal Kacau Isteri Tengah Malam

Oh! Artis

“Kamu Ada 24 Jam, Minta Maaf” – Caprice ‘Sound’ Lelaki Gatal Kacau Isteri Tengah Malam

Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice memberi masa selama 24 jam kepada seorang lelaki yang mengganggu isterinya di waktu malam untuk tampil meminta maaf kepadanya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Salah Orang Awak Nak Kacau“ – Ada Artis Cari Pasal Dengan Caprice?

Menerusi satu hantaran di Instagram, Caprice menunjukkan bukti mesej yang dihantar individu bernama Najib. Kata Caprice, individu itu telah melampau batas dan dia sebagai suami sudah tentu memikirkan keselamatan keluarga.

Caprice dengan nada geram mempersoalkan adakah lelaki itu bodoh apabila menghantar mesej sebegitu kepada isterinya waktu malam.

So Najib kamu ada 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan. First when you texted my wife, kita fikir mungkin mamat ni gila. So we gave him a warning to not kacau my wife again.

Difahamkan, walaupun sudah memberi amaran, lelaki itu dipercayai masih mengulangi perbuatannya menyebabkan penyanyi ini bertambah marah.

caprice

Penyanyi ini berkata, dia tidak kisah jika ada yang membencinya namun jangan sesekali melibatkan isteri dan anaknya apatah lagi menghantar mesej di waktu malam.

Kredit: Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas