Connect with us

Oh! Media

“Kami Usaha Diam Tapi Makin Menjadi” – Bella Astillah Minta Henti Spekulasi Suami Curang

Oh! Artis

“Kami Usaha Diam Tapi Makin Menjadi” – Bella Astillah Minta Henti Spekulasi Suami Curang

Rumahtangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah baru-baru ini hangat diperkatakan selepas viral video memaparkan Aliff di kelab malam.

ADVERTISEMENT

Namun, pelakon Shahidan Izwan tampil mendedahkan bahawa khabar angin yang diwar-warkan di media sosial itu adalah palsu. Babak itu adalah untuk penggambaran semata-mata.

BACA: Tular Video Aliff Aziz Berhibur Di Kelab Malam, Shahidan Izwan Buka Mulut Dedah Perkara Sebenar

Terbaru, Bella tampil memberi teguran kepada blogger yang menggunakan video lama menulis artikel tak benar mengenai rumah tangga mereka.

Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini. Saya sertakan dengan contoh.

Jelas selebriti ini, dia dan suami berusaha untuk berdiam diri tetapi akhirnya terpaksa bersuara selepas ada blogger yang menggunakan videonya pada 2019 seolah-olah dia ada memberi kenyataan baru.

Selebriti ini enggan mengambil tindakan undang-undang meskipun ramai yang memintanya berbuat demikian.

Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh.

Katanya, spekulasi yang tersebar sedikit sebanyak mengganggu kerja harian mereka di mana masing-masing sedang sibuk mencari rezeki untuk keluarga.

Kredit: Instagram Bella Astillah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas