Connect with us

Oh! Media

Kali Ini Muaz Zabir Betul-Betul Bengang Dengan Aliff Aziz

Muaz Zabir Aliff Aziz

Oh! Artis

Kali Ini Muaz Zabir Betul-Betul Bengang Dengan Aliff Aziz

Sebelum ini penyanyi kontroversi Aliff Aziz ada membongkarkan cerita mengenai rumah tangganya bersama Bella Astillah yang didakwa berlaku berlaku curang dengan pelakon, Muaz Zabir.

ADVERTISEMENT

BACABella Mengaku Chat Dan Foto Mesra Untuk Buat Aliff Aziz Cemburu, Ini Respon Muaz Zabir

Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, perkara itu telah menarik perhatian Muaz yang berang selepas tindakan Aliff mengungkit kisah itu walaupun sudah mencapai kata sepakat tahun lepas.

Muaz Zabir

Muaz juga berkata yang dia sudah banyak kali minta maaf sebelum ini. Pendedahan Aliff menerusi dalam temu bual podcast itu juga dikatakan bukanlah sifat seorang lelaki yang sejati.

Takkan selama ini saya bercakap dengan hantu? Saya memang ada berhubung dan boleh tunjuk dia maki hamun saya selama kami mencapai kesefahaman.

Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tidak puas hati dan tak perlulah nak hebahkan di media sosial. Dia sangat tak ‘gentleman’. Dia ada nombor saya kan.

Dia sendiri yang minta saya jangan kecohkan perkara ini hingga kami sudah membuat perjanjian awal supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tapi lain pula yang jadi.

Saya sudah minta maaf November tahun lalu dan sepatutnya perkara ini tidak patut diungkit.

Bukan tu jer, Muaz juga merasakan yang Aliff ada niat tidak baik terhadap dirinya dan Bella kalau kita tengok perbualan WhatsApp antara dia dan Ruhainies seperti yang diviralkan oleh Didi Astillah.

Kalau dia nak buat laporan polis atau membawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya juga ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik.

Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri.

Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami. Sudah-sudahlah saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati.

Pelakon lelaki itu juga berharap agar suami kepada Bella Astillah itu untuk berhenti memburukkan namanya dalam isu kontroversi yang berlaku.

Saya tiada hak untuk cakap apa-apa kepadanya tapi saya harap dia dapat fikir sendiri kerana dia lebih matang.

Saya doakan yang terbaik untuk dia dan apa jua tindakan yang dibuat saya harap benda itu membawa kebaikan kepadanya.

Namun jika tindakan anda tiada kebaikan kepada diri sendiri, janganlah pula bawa keburukan kepada orang lain. Saya rasa ini tidak patut.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas