Connect with us

Oh! Media

“Kalau Nak Nikah, Kenalah Jemput Saya Walinya” – Zainal Abidin Dengar Khabar Angin Anak Dah Kahwin Di Jerman

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 19t134914013

Oh! Artis

“Kalau Nak Nikah, Kenalah Jemput Saya Walinya” – Zainal Abidin Dengar Khabar Angin Anak Dah Kahwin Di Jerman

Penyanyi lagenda Datuk Zainal Abidin mengakui telah mendengar khabar angin bahawa anak perempuannya, Timur Gabriel sudah mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, melalui temu bual di Melodi Zainal Abidin berkata dia tidak pasti tentang khabar angin yang didengari kerana dia dan anaknya itu tidak lagi berhubung.

Difahamkan juga, dia tinggal berjauhan dengan anaknya dan kini Timur Gabriel telah menetap di Jerman.

IKLAN

Hubungan kami tidak dapat dieratkan kerana dia duduk jauh dari saya, menetap di Jerman. Saya tidak diberikan masa dan peluang untuk berjumpa dengan anak-anak saya.

Anak perempuan saya yang Timur itu pun tak pasti sama ada sudah bernikah atau belum. Saya dengar desas-desus dia sudah bernikah.

Tetapi seharusnya kalau nak bernikah, kena jemput saya sebagai bapanya. Saya adalah walinya.

Zainal juga memberitahu bahawa dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anaknya itu.

Zainal berkata tidak ada gunanya jika dia berusaha untuk berdamai kerana perkara itu tidak akan berlaku. Namun, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.

Saya tidak pernah memutuskan hubungan, tetapi apabila ada sesuatu pihak ingin memutus maka terpulanglah. Jumpa di akhirat nanti.

Kalau berusaha sedaya upaya untuk berdamai pun saya rasa itu tidak akan berlaku. Saya hanya mengharapkan terbaik.

Saya selalu mendoakan anak-anak, sembahyang lima waktu sehari sentiasa doakan yang terbaik.

Zainal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas isterinya Natasha Gabriel dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata Timur Gabriel dan seorang lagi anak lelaki.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 19t134914013

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Melodi


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas