Connect with us

Oh! Media

“Kalau Dah Miang, Pergi Cari Bini” – Caprice ‘Selar’ Lelaki Peluk Pelayan Wanita

Caprice

Oh! Artis

“Kalau Dah Miang, Pergi Cari Bini” – Caprice ‘Selar’ Lelaki Peluk Pelayan Wanita

Kecoh beberapa hari ini mengenai video sekumpulan pelanggan lelaki yang memeluk pelayan wanita di Terengganu. Melihat video tersebut, Caprice telah menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang seolah-olah seperti tak bermaruah.

BACA: “Hati-Hati Kalau BF, Suami Pergi Ride” – Netizen Kecam Lelaki Rangkul Pinggang Pelayan Wanita

Caprice telah memuat naik sebuah video di Instagramnya dan mengucapkan takziah buat para lelaki yang sudah beristeri dan ada anak, tetapi masih berkelakuan tak senonoh di kedai tersebut.

IKLAN

Caprice telah menyindir sekumpulan lelaki tersebut dan beri sedikit ‘nasihat’ buat mereka yang masih belum memiliki isteri.

Memalukan dan tidak ada maruah. Salam takziah buat abang-abang yang ada anak bini dan terlibat dalam kes ini.

Saya baru hendak gerak ke Terengganu untuk siasat kes ini dengan lebih lanjut. Tapi tiba-tiba isteri saya bagi amaran jangan buat hal. Jadi saya pun tak jadi buat hal.

Saya cuma mahu pesan lelaki kalau dah miang, pergilah cari bini. Kalau tak ada bini, pergilah cari. Kalau rasa muka tu pecah tak ada siapa yang mahu, carilah bini muka pecah yang dia juga rasa tiada siapa yang nak.

Harapnya mereka ambil iktibar atas apa yang berlaku dan tak mengulangi perbuatan yang memalukan ini.

Kredit: Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas