Connect with us

Oh! Media

“Kain Lembut Tak Sesuai” – Netizen Tegur Baju ‘Ikan Laga’ Neelofa Nampak Lekuk Tubuh

Oh! Artis

“Kain Lembut Tak Sesuai” – Netizen Tegur Baju ‘Ikan Laga’ Neelofa Nampak Lekuk Tubuh

Episod program bual bicara Next to Neelofa musim kedua bersama Mira Filzah menjadi bualan netizen selepas kedua-dua selebriti itu dikatakan memakai baju persis ‘ikan laga’.

ADVERTISEMENT

Dalam foto yang telah disunting netizen, dapat dilihat Mira Filzah yang memakai baju merah duduk bersebelahan dengan Neelofa yang memakai baju biru. Eh betullah macam sama!

Terbaru, Neelofa memuat naik sekitar penggambaran episod itu di mana Neelofa dilihat berjalan turun daripada kereta menuju ke rumah Mira Filzah.

Netizen bagaimanapun ‘perasan’ ada sesuatu yang tak kena di mana menurut mereka pakaian itu menampakkan lekuk tubuh pengacara berniqab itu.

Kata netizen, mungkin jenis kain lembut dan satin itu tidak sesuai dipakai muslimah berniqab.

Tegur tandanya sayang kan? Mungkin Neelofa perlu lebih berhati-hati selepas ini.

Kredit: Instagram Neelofa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas