Connect with us

Oh! Media

“Jumpa ‘Atuk Grab’ Pun Salah” – Baby Shima Bengang Kebaikannya Disalaherti

Oh! Artis

“Jumpa ‘Atuk Grab’ Pun Salah” – Baby Shima Bengang Kebaikannya Disalaherti

Nama penyanyi tanah air, Baby Shima baru-baru ini semakin mendapat perhatian dari kalangan netizen oleh kerana beberapa kontroversi yang berkait dengan dirinya.

ADVERTISEMENT

BACA: Baby Shima Menangis Teresak-Esak Beri Penjelasan Tentang Gambar Dalam Kelab Malam

Sebelum ini, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli pernah dikecam ramai oleh kerana tersebar sebuah gambar seolah-olah sedang berada di dalam kelab malam bersama seorang lelaki.

Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa gambar tersebut merupakan salah satu adegan dalam muzik video single terbaharunya berjudul ‘Lalai’. Namun, dia tetap tidak berhenti dalam menerima kritikan.

Akibat dari kecaman demi kecaman yang diterimanya, Shima mengakui terlalu tertekan dengan perkara itu sehingga mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

Dikecam jumpa Atuk Grab, Baby Shima luah rasa kecewa

Terbaharu, Shima sekali lagi meluahkan kekecewaanya selepas terdapat segelintir netizen yang masih mengecamnya walaupun melakukan perkara baik.

Hal itu selepas penyanyi berusia 28 tahun itu disindir selepas melawat seorang lelaki dikenali sebagai Atuk Grab sehingga ada yang mendakwa dirinya mahu menunjuk-nunjuk.

Sekadar info, Atuk Grab sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai oleh kerana kegigihannya bekerja sebagai penghantar makanan walaupun sudah menjangkau usia 68 tahun demi menyara anak-anak.

Apa yang saya buat seolah-olah semuanya salah dan dosa. Saya pun tak faham. Apa yang mereka nak sebenarnya?

Apabila saya menari ada yang kecam dan maki. Macam-macam kenyataan dikeluarkan seperti saya ahli neraka.

Hanya ingin menolong, tapi niat disalaherti netizen

Dalam pada itu, Baby Shima juga menegaskan niatnya berjumpa dengan lelaki tersebut adalah untuk menolong dan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Katanya, dia tidak mengerti sikap sesetengah netizen yang masih tidak berpuas hati walaupun dirinya ikhlas bertemu Atuk Grab dan bukanlah untuk menutup kontroversinya sebelum ini.

Buat baik seperti jumpa Atuk Grab pun, tetap ada sesetengahnya tak puas hati. Tetap ada yang maki. Saya jumpa Atuk Grab ni memang ikhlas.

Salahkah saya jumpa dia untuk gembirakan dia. Saya pelik bila ada yang tak suka saya buat kebaikan.

Bagaimanapun, Shima juga menganggap dirinya hanyalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Dia turut menasihati netizen agar lebih elok berdiam diri jika tidak suka akan perbuatannya.

Kredit: Instagram Baby Shima I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas