Oh! Artis
“Jom Urine Tengok Siapa Sangkut” – Caprice Buat Pendedahan Terbaru
Caprice berkata dalam 30 hari, dia hadap ugutan bunuh, saman RM4 juta dan injunksi mahkamah.
Penyanyi rap, Caprice mendakwa tiga orang anggota polis mencarinya di rumah ibu saudara sedangkan dia kini berada di Sabah.
Dakwa Caprice, anggota polis berkenaan mengambil gambar kad pengenalan ibu saudaranya. Selain itu, polis juga dikatakan mencarinya di pejabat Munafik Hunter.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice memuat naik bukti dia cuba menghubungi pegawai berkenaan lebih 10 kali, namun panggilannya dikatakan tidak dijawab.
Penyanyi yang juga menjadi aktivis ini hairan mengapa polis susah payah mencarinya sedangkan dia sendiri sudah ‘menyerah diri’.

Hidup huru-hara dalam 30 hari

Dalam perkongsian lain, Caprice mendedahkan kehidupannya kini huru-hara selepas menerima ugutan bunuh, diarahkan buang posting tertentu, disaman hampir RM4 juta dan kini didatangi polis di depan rumah.
“Jangan buang masa polis”
Dakwanya lagi, ada pihak yang cuba menekannya dengan menggunakan gangster dan peguam untuk menutup mulutnya. Kini, pihak berkenaan didakwa guna polis pula.
Minta maaf Cap tak dapat sebut nama dia sebab dia pasang injunksi baru-baru ni dekat mahkamah. Last-last pasukan biru sampai, bukan satu tapi tiga anggota.
Dalam satu posting lain, Caprice menegaskan dia sentiasa menghormati pihak polis tetapi berpendapat khidmat pihak berkuasa lebih baik digunakan untuk menangkap penjenayah sebenar di luar sana.
Pssttt! Caprice nampaknya tidak gentar walaupun ditekan dari pelbagai sudut. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan pihak lain yang tidak bersalah.
Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM