Connect with us

Oh! Media

“Jauh Daripada Ajaran Islam”,- Menteri Agama Islam Minta Ahli Perniagaan Tarik Balik MV Lagu Raya

aliff syukri

Oh! Artis

“Jauh Daripada Ajaran Islam”,- Menteri Agama Islam Minta Ahli Perniagaan Tarik Balik MV Lagu Raya

Selepas teruk dikecam rakyat Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad akhirnya tampil menegur ahli perniagaan, Dato’ Seri Aliff Syukri tentang MV lagu raya yang dilihat agak keterlaluan.

ADVERTISEMENT

Idris memaklumkan dia terpanggil untuk menegur kerana bimbang perkara-perkara seperti ini akan menenggelamkan keghairahan orang Islam untuk mengejar rahmat Allah di 10 malam terakhir Ramadan.

Seseorang yang berpengaruh sepatutnya ajak umat Islam untuk takutkan Allah…

Idris turut sudah meneliti kandungan MV berkenaan dan mendapati banyak perkara yang membimbangkan yang dilihat jauh dari ajaran Islam sebenar. Disebabkan itu, beliau sendiri akan meminta pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti isu ini.

Elok tarik balik MV tu…

Sehubungan itu, Idris merasakan lebih baik MV lagu raya berkenaan ditarik semula dan tidak disiarkan lagi di platform media sosial atau pemilik boleh set semula kepada mood private untuk tontonan peribadi sahaja.

Kita harapkan mereka yang terlibat dengan isu ini ambilkan pengajaran dan janganlah asyik ulang kesalahan yang sama.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas