Connect with us

Oh! Media

Jantung Bob Lokman Bergerak Terlalu Laju Dan Tidak Stabil

bob lokman

Oh! Artis

Jantung Bob Lokman Bergerak Terlalu Laju Dan Tidak Stabil

Pencipta lagu Isabella dan pelakon, Bob Lokman dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah sejak 4 hari lalu.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan laporan Harian Metro, Bob Lokman dimasukkan ke unit Penjagaan Koronari (CCU) setelah jantungnya pada bahagian atas bergerak terlalu laju. Keadaan itu sangat tidak stabil dan tidak baik untuk kesihatan Bob Lokman.

Selepas menunda beberapa kali temujanji dengan doktor sebelum ini berikutan kes Covid-19 yang tinggi, saya datang membuat pemeriksaan susulan di hospital minggu lalu.

Pemeriksaan doktor mendapati jantung saya di bahagian atas bergerak terlalu laju dan tidak stabil. Jadi, saya perlu dimasukkan ke CCU untuk pemantauan sepenuhnya sehingga stabil semula. – Katanya.

Bob Lokman atau nama penuhnya Mohd Hakim Lokman turut meminta orang ramai mendoakan kesihatannya agar dapat kembali pulang ke pangkuan keluarga yang menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Untuk pengetahuan, Bob Lokman sebelum ini telah menjalani pembedahan jantung untuk membetulkan degupan jantung tahun lalu. Semoga Bob Lokman dan keluarga tabah dan kuat dengan ujian ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas