Connect with us

Oh! Media

Janna Nick Kongsi Video Mesra Kaki Sedang Diurut Syukri Yahaya

janna nick

Oh! Artis

Janna Nick Kongsi Video Mesra Kaki Sedang Diurut Syukri Yahaya

Janna Nick Kongsi Video Mesra Kaki Sedang Diurut Syukri Yahaya

Baru-baru ini, pelakon wanita, Janna Nick ada berkongsikan satu video di laman Instagram memaparkan behind the scenes untuk drama terbarunya Surat Dari Tuhan yang bakal digandingkan dengan pelakon lelaki, Syukri Yahaya.

ADVERTISEMENT

Dapat dilihat dalam video tersebut, Janna dan Syukri sedang melakukan watak suami isteri, dimana Syukri memicit kaki Janna yang sedang sarat hamil.

Bahkan, Syukri turut sempat melontarkan dialog spontan yang membuatkan Janna tidak dapat menahan gelaknya.

Biarpun sekadar mahu berkongsi kepada peminat momen-momen belakang tabir drama terbabit, ada segelintir netizen yang kurang senang melihat kemesraan mereka.

Menurut sesetengah netizen, sepatutnya kedua-dua perlu menjaga batas dalam pergaulan memandangkan mereka sudah pun mempunyai suami dan isteri sendiri.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas