Connect with us

Oh! Media

“Jangan Salahkan Saya” – Syamsul Yusof Nafi Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Lain Didakwa Tak Fokus!

Ohmedia syamsul Yusof

Oh! Artis

“Jangan Salahkan Saya” – Syamsul Yusof Nafi Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Lain Didakwa Tak Fokus!

Pengarah dan penerbit filem tersohor tanah air, Syamsul Yusof tampil menjelaskan situasi sebenar selepas dikatakan menjadi punca kemalangan dua buah kereta di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syamsul berkata, punca kemalangan disebabkan pemandu sebuah kereta jenis Audi yang dikatakan hilang fokus hingga melanggar bahagian belakang sebuah MPV.

Respon santai Syamsul Yusof

Kejadian itu yang sempat dirakam oleh orang awam menunjukkan Syamsul yang sedang memandu kereta Lamborghini dengan perlahan.

IKLAN

Menariknya, Syamsul kelihatan tenang sambil tersenyum dan menunjukkan isyarat tangan ‘peace’ ke arah kamera.

“Lawo sangat lambo, sampai tercium kereta depan”

https://twitter.com/bckupacc99/status/1868628450053161078

Di ruangan komen, netizen berseloroh dengan situasi itu, mendakwa kereta mewah milik Syamsul yang terlalu menonjol menyebabkan pemandu lain hilang fokus seketika.

Kacak sangat kereta sebelah terpegun lalu terhantuk.

Mana tidaknya, kereta Lamborghini milik Syamsul yang berkilau dan mewah itu sememangnya mencuri perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya dari jauh.

#OhmediaNasihat

Dalam apa jua situasi, fokus ketika memandu sangat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Dalam kes ini, kebetulan pula video sempat dirakam orang awam menampakkan Syamsul Yusof sebagai punca utama. Nasib badan!

Ohmedia syamsul Yusof

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Syamsul Yusof


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas