Connect with us

Oh! Media

“Jangan Lagi Merungut Tentang Kenaikan Harga Barang, Usah Bising Tidak Ada Duit Kalau Mampu Beli Tiket Konsert”- Prof Teo

tiket konsert

Oh! Artis

“Jangan Lagi Merungut Tentang Kenaikan Harga Barang, Usah Bising Tidak Ada Duit Kalau Mampu Beli Tiket Konsert”- Prof Teo

Macam mana pandangan macam ni boleh keluar erk? Ya memang ramai terkejut bila tiket Konsert 30 Years of Dewa 19 habis licin terjual dalam tempoh 1 jam sahaja tapi itu tak bermakna yang beli tiket tu orang susah. Mestilah yang beli tu orang yang mampu, bila mampu mereka belilah.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, lain pula pandangan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong yang melihat rakyat Malaysia sanggup berhabis duit untuk membeli sekeping tiket semata-mata untuk berhibur di dalam keadaan kegawatan ekonomi.

Jangan jadi generasi melenting dan protes

Dalam keadaan gawat ini, sewajarnya kita sebagai rakyat perlu berhemah dalam perbelanjaan, mengatur keutamaan untuk keperluan asas diri. Sekaligus, kita dapat mendidik diri sentiasa bersederhana ketika keadaan memerlukan.

Apabila kita bersederhana, kita bersyukur dengan keadaan yang berlaku. Kita tidak menjadi generasi melenting, protes tetapi tenang ketika berdepan dengan apapun situasi.

Jangan tunding jari ke mana-mana pihak kalau tiada duit

Kalau tidak ada keutamaan dalam hidup, maka inilah yang berlaku. Tidak salah kalau masih mahu hiburan jika anda ada limpahan wang, hidup senang.

Tetapi jika kita bukan dari kelompok ini (senang) tetapi sanggup mengeluarkan wang untuk berkonsert, jangan lagi merungut tentang kenaikan harga barang; usah bising kerana tidak ada duit dan jangan tunding jari ke mana-mana pihak.- Kata Prof kepada pihak MalaysiaGazette.

Prof berpandangan seperti ini dan mengakui cukup hairan dengan senario yang berlaku dan melihat jati diri rakyat negara ini semakin pudar.

Tentang anak muda mungkin ada betulnya juga apa dikatakan Prof yang gusar melihat keutamaan generasi baharu yang sepatutnya perlu berlajar meningkatkan jati diri.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas