Connect with us

Oh! Media

“Jangan Kurang Ajar” – Linda Rafar Jawab Tuduhan Tak Bayar Hutang ‘Goodies’ Pada Tahun 2006

Oh! Artis

“Jangan Kurang Ajar” – Linda Rafar Jawab Tuduhan Tak Bayar Hutang ‘Goodies’ Pada Tahun 2006

Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai anggota kumpulan Elite, Linda Rafar tidak membayar hutang sejak 17 tahun yang lalu. 

ADVERTISEMENT

Seorang individu mendakwa Linda berhutang dengan pihaknya bayaran ‘goodies’ yang diguna pakai ketika hari perkahwinan Linda pada 2006 masih belum dibayar.

BACA : Individu Dakwa Artis ‘Pandai Baca Hati’, Linda Rafar Tak Bayar Hutang Sejak Tahun 2006

Terbaru! Menurut laporan mStar, Linda mengatakan yang tuduhan tersebut adalah tidak benar kerana hampir kesuluruhan majlisnya pihak hotel yang uruskan.

Bukan tu jer, pelakon itu juga mengatakan hanya kenalan terdekat saja yang terlibat dalam perkahwinannya dan tidak berurusan dengan pihak luar.

Saya ingat semua orang yang terlibat dalam perkahwinan saya. Semuanya kawan-kawan dan saudara-mara, tiada langsung kaitan dengan orang luar.

Memang saya tidak kenal siapa dia. Sajalah ni nak mengaibkan orang. Kalau betul orang ini wujud dan kata kita tipu dia, kenapa dia tak datang jumpa.

Katakanlah kalau saya terlupa, mesti kita akan ingat balik ada lagi ke hutang yang kita belum bayar.

Tapi kalau dia berani but macam ini, saya minta dia ke depan untuk bertemu dengan saya sendiri. Saya pun nak jumpa tengok siapa dia ni. Jangan kurang ajar sampai tahap komen di media sosial.

Walau bagaimanapun, tidak pasti mana satu pihak yang betul. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas