Oh! Artis
“Jangan Ingat Kami Tak Tahu” – Perkongsian Bodyguard Fazura Undang Teka-Teki Netizen
Perkongsian bodyguard Fazura dengan kapsyen penuh misteri cetus teka-teki netizen. Ramai cuba tafsir maksud tersirat di sebaliknya.
Nama selebriti popular, Nur Fazura menjadi bualan hangat apabila tular video menunjukkan dia seolah-olah menjeling seseorang ketika menghadiri majlis Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025.
Pelbagai spekulasi mula diperkatakan sehingga netizen ‘meneka’ siapa gerangan yang duduk tidak jauh daripada Fazura.
Bodyguard Fazura pula bersuara
Ada yang memetik nama pelakon, Rozita Che Wan namun ianya dinafikan Rozita sendiri.

Terbaru, spekulasi mengenai ‘jelingan’ Fazura itu semakin panas apabila bodyguard pula bersuara.

Menerusi hantaran tersebut, gambar Fazura yang tampil elegan dalam persalinan serba hitam dimuat naik bersama kapsyen, “Jangan ingat kami tak tahu ye. Kami jeling je dulu,” lengkap dengan emoji berwajah nakal.
Perkongsian itu seakan-akan ‘membakar’ lagi rasa ingin tahu netizen tentang insiden sebelum ini.
Ramai yang menganggap kapsyen tersebut seperti memberi bayangan bahawa jelingan Fazura tempoh hari memang mempunyai maksud tertentu.
Betul ke? Kita tunggu jelah respons daripada tuan badan sendiri ye.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM