Connect with us

Oh! Media

“Itu Perkara Yang Amat Menyedihkan” – Yusof Haslam Tak Mahu Anak Dan Menantu Bercerai

Oh! Artis

“Itu Perkara Yang Amat Menyedihkan” – Yusof Haslam Tak Mahu Anak Dan Menantu Bercerai

Rumahtangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof diketahui sedang bergolak apabila Puteri Sarah mendedahkan wujudnya orang ketiga.

ADVERTISEMENT

BACA:“Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Ibu Mentua Puteri Sarah

Puteri Sarah juga telah nekad mengambil tindakan undang-undang iaitu satu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor.

Memetik laporan Utusan, sebagai seorang bapa, Yusof Haslam berharap anak dan menantunya dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik. Beliau tidak mahu perkara itu dibiarkan terus meruncing.

Saya bangga dengan apa yang dicapai Syamsul ketika ini. Saya hormat dia. Cuma saya harap dia tak lupa asal usul.

Dalam hal rumah tangga, saya minta dia dan Puteri Sarah perbetulkan keadaan. Saya dan isteri tak mahu melihat mereka bercerai.

Pengarah dan penerbit terkenal ini turut mengakui rasa terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku. Beliau berharap kemelut ini segera dijernihkan.

Secara peribadi, saya rasa tidak adil jika rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan. Itu adalah perkara yang amat menyedihkan dan saya tidak melihat apa-apa kebaikan di situ.

Beliau dan isteri hanya mampu berdoa yang terbaik untuk pasangan itu, anak-anaknya serta besan. Demi anak-anak dan nama baik keluarga, Yusof Haslam berharap ianya diselesaikan dengan cara terbaik.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas