Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Isu Langgar SOP PKPB, Neelofa Dan PU Riz Dilepas Tanpa Dibebaskan

Mei lalu, pasangan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis permaidani di Nilai, Negeri Sembilan.

Pasangan ini walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

IKLAN

BACA: Neelofa Dan PU Riz Dilihat Berada Di Seremban

Terbaru, Kosmo! melaporkan mahkamah hari ini membenarkan Noor Neelofa dan Muhammad Haris dilepas tanpa dibebaskan.

Hal itu diputuskan Majistret Mohd. Firdaus Saleh selepas mengambil kira hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan yang mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

neelofa dan PU Riz

Pihak pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya berpuas hati dengan keputusan mahkamah menarik balik iaitu membebaskan tanpa melepaskan dua pertuduhan terhadap Muhammad Haris manakala satu pertuduhan ke atas Noor Neelofa.

Representasi kami telah pun diterima Jabatan Peguam Negara. Kes ini bukanlah perkara besar tetapi dibesar-besarkan.

Tetapi (jika kes diteruskan) ia akan berlarutan jadi panjang, dengan keadaan Noor Neelofa yang hamil tidak sesuai kita jalankan kes ini, kita ambil cara mudah.

Jelasnya lagi, tindakan kompaun terhadap Neelofa dan PU Riz akan dikenakan pada hari ini atau esok.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas