Oh! Artis
Isu Buka Aib Di Podcast, Atu Zero Perjelas Keadaan Hubungan Dengan Shariff
Pelawak terkenal, Atu Zero menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia kini bermasam muka dengan abangnya, Sharif selepas isu sensasi yang dibangkitkan dalam sebuah podcast baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Shariff berkata yang hubungan mereka masih baik seperti biasa.
Kami okay sahaja, biasalah di media sosial kena bagi nampak gempak macam bergaduh betul-betul.
Sebenarnya bila kami berjumpa di tempat biasa, kami okay dan tiada masalah. Tiada dendam antara kami sebab hubungan adik-beradik tidak akan terputus.
Kontroversi Podcast hanya salah faham?

Kekecohan bermula apabila Sharif berkongsi kisah peribadi dalam podcast, mendakwa Atu pernah hampir terjerumus ke dalam najis dadah akibat tersilap memilih kawan dalam satu podcast.
Atu nafi dakwaan itu

Kenyataan itu membuat Atu tampil menafikan dakwaan tersebut, mengatakan bahawa Sharif mungkin tidak sedar apa yang diperkatakannya ketika itu.
Sharif bagaimanapun telah memohon maaf atas keterlanjurannya dan menjelaskan bahawa niatnya hanya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai, bukan membuka aib adiknya.
#OhmediaNasihat
Kes seperti ini mengingatkan kita bahawa keluarga adalah segalanya, dan komunikasi yang baik dapat menyelesaikan banyak masalah. Dalam apa jua keadaan, elakkan membuka aib orang lain, lebih-lebih lagi keluarga sendiri. Kita tidak tahu bagaimana kata-kata kita boleh disalah tafsir oleh orang lain.

[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM