Oh! Artis
“Isteri Nak Berdamai, Tapi Fikry Tak Datang Mahkamah” – Peguam Syarie Bongkar Cerita Sebenar
Peguam nafikan isteri Fikry tarik balik kes cerai. Rupanya Fikry tak hadir ke mahkamah?
Nampaknya isu rumah tangga pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim terus jadi bualan netizen apabila kenyataan antara suami dan isteri tak selari.
Baru-baru ini, Fikry dakwa hubungan mereka baik dan isterinya ke mahkamah cuma nak tarik semula kes penceraian.
Namun begitu, peguam syarie yang mewakili isterinya tampil menafikan kenyataan itu dan sahkan permohonan cerai masih diteruskan.
“Tiada tarik balik permohonan, itu fakta”- Peguam.

Menurut peguam syarie Siti Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, kalau betul kes dah ditarik balik, mahkamah takkan tetapkan tarikh baru.
Lebih mengejutkan, Fikry langsung tak hadir ke mahkamah walaupun surat saman dah pun diserahkan.
Dia (Fikry) hantar atau tidak anak guam kami ke mahkamah, itu di luar bidang kuasa kami. Yang pasti semalam dia tidak hadir.
Peguam turut maklumkan yang pihak mereka masih menunggu pendirian Fikry. Dari pihak isteri, memang ada keinginan nak berdamai.
Mahkamah beri tarikh baru sebab tiada jawapan dari Fikry…

Disebabkan Fikry tak datang, maka tiada keputusan boleh dibuat dan mahkamah beri tarikh tangguhan baru untuk tunggu pendiriannya.
Kalau dia datang semalam, kita boleh bincang atau dapat jawapan. Tapi dia tak datang, jadi kami tak tahu pendirian dia.
Pssttt! Kalau betul ada niat nak berdamai, kenapa tak hadir? Bila satu pihak dah buka ruang untuk selesaikan dengan cara baik, eloklah beri kerjasama. Hal rumah tangga ni bukan boleh tangguh-tangguh. Fikry patut tampil beri penjelasan supaya tak timbul lebih banyak spekulasi.
Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM