Connect with us

Oh! Media

Isteri Kongsi Suami Kantoi ‘Check In’ Dengan Rakan Sekerja Pukul 3 Pagi

Oh! Artis

Isteri Kongsi Suami Kantoi ‘Check In’ Dengan Rakan Sekerja Pukul 3 Pagi

Seorang wanita berkongsi kisah duka apabila suaminya menjalin hubungan cinta dengan rakan sekerja. Bukan tu jer, suaminya juga pernah terlanjur dengan rakan sekerjanya itu. Allahu, sedihnya..

ADVERTISEMENT

Menurut satu posting di Twitter, wanita itu mengatakan yang dia sudah berkahwin selama 4 tahun. Lama juga tu..

Hubungan mereka bermula 7 tahun lepas. Bermula daripada rakan sehingga berhubungan dan terlanjur. Suami yang saya kenal sebelum ini sangat menjaga keluarga dan solat. Tapi berubah selepas kenal orang ketiga. Hubungan senyap mereka saya dapat hidup daripada awal tapi saya tak dapat bukti.

Suami saya kerap balik lewat malam dan beri alasan menjalani latihan di kolam renang. Hujung minggu pula bagi alasan pergi ke Ipoh untuk latihan. Awalnya saya percaya sebab kami berlainan industri. Saya cuba faham kerja dia dan letak kepercayaan sepenuhnya.

Apa yang lagi menyedihkan, terdapat tiket tempahan bilik hotel yang ditempah suami dijumpai wanita berkenaan.

Suami buat tempahan bilik romantik. Masa itu saya fikir suami ada perempuan lain. Saya cuba tanya dia dan dia beri alasan untuk kawan-kawan vespa. Tapi naluri saya kuat mengatakan bukan dan kami bergaduh besar. Dia keluar tinggal rumah dalam keadaan anak yang kurang sihat pada waktu itu. Saya masih cuba percaya dan menganggap naluri saya salah.

Tidak berdiam diri, wanita itu juga pernah untuk memperbaiki hubungannya bersama suami. Siap bercuti ke Sarawak dan bawa anak-anak lagi.

Satu malam masa bercuti, saya terdengar suami mengerang masa mandi pukul 3 pagi. Saya tanya sama ada dia onani, dia bagi alasan sakit bahu. Saya cuba percaya alasan dia. Selepas pulang bercuti, Allah nak tunjuk bukti suami curang. Saya terjumpa gambar suami tidur di atas katil dengan perempuan.

Dia masih tidak mengaku. Selepas itu saya jumpa gambar passport perempuan itu. Saya mula mencari nama akaun media sosialnya. Saya siasat dan ternyata mereka memang menjalin hubungan. Mereka dah beberapa kali melakukan hubungan intim.

Wanita tersebut telah melakukan solat tahajud pada awal tahun sebelum mengetahui kisah sebenar. Suaminya tergamak bawa anak-anak mereka sekali ke hotel ketika melakukan maksiat bersama ‘skandal’. 

Kami gaduh besar masa itu dan saya bawa anak pindah ke Kuala Lumpur. Saya masih dalam proses tenangkan jiwa. Tak tahu perceraian ini perlu diteruskan atau tidak sebab anak. Suami tak sanggup berpisah dengan anak. Apa yang dia buat telah menyebabkan saya dan anak trauma. Saya tak tahu nak buat apa.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas