Connect with us

Oh! Media

‘Isteri Adalah Jodoh & Teman Sejiwa, Bukan Pembantu Rumah’ – Edika Yusof

Cover Photo Om 1200 X 675 8

Oh! Artis

‘Isteri Adalah Jodoh & Teman Sejiwa, Bukan Pembantu Rumah’ – Edika Yusof

Setia menjaga isteri lumpuh sejak 16 tahun lalu, pelakon, Edika Yusof dilihat sebagai seorang suami yang bertanggungjawab. Malah, pelakon kacak ini langsung tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain dan sanggup susah payah bersama isteri.

Terbaru, Edika Yusof sekali lagi mendapat pujian apabila meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 18 tahun. Menerusi video viral tersebut, Edika dilihat memberi kejutan sebuah kek buat isteri.

Menerusi temubual bersama Harian Metro, Edika enggan mengulas lanjut mengenai pujian netizen terhadapnya. Dia juga sebenarnya tidak selesa diri dibandingkan setiap kali ada isu melibatkan selebriti lain.

IKLAN

Semua orang akan melalui dugaan masing-masing. Setiap perkahwinan juga ada dugaannya tersendiri.

Bagi saya perkahwinan ialah tanggungjawab bersama dan susah senang kita mesti hadapi bersama.

Isteri adalah jodoh dan teman sejiwa, bukan pembantu rumah.

Bersama kita berkongsi tanggungjawab termasuk rutin harian, jaga anak, kerja-kerja rumah dan juga memasak.

Screenshot 2020 05 15 at 85442 pm

Katanya lagi, adalah tidak adil jika netizen mengaitkan rupa bagi hal sebegini. Siapalah kita untuk menilai orang lain kerana kita juga tidak sempurna.

Rupa tidak memainkan peranan. Setiap orang mempunyai cara dan pemikiran yang berlainan.

Apa yang boleh saya katakan di sini, mungkin saudara (selebriti) kita ada masalah tersendiri. Biarlah kita sama-sama belajar daripada kesilapan dan doakan yang baik-baik sahaja.

Mengenai perkongsiannya yang viral di Instagram, Edika memberitahu dia tetap setia menjaga isteri.

Bagi saya tanggungjawab adalah perkara utama dan keduanya disebabkan perasaan cinta dan kasih sayang.

Saya bersyukur Allah panjangkan jodoh kami dan juga Allah berikan kami kekuatan dalam mengharungi dugaan ini.

Baginya, dia cuba sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas