Connect with us

Oh! Media

“Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun” – Puteri Sarah Liyana

Ohmedia puteri sarah

Oh! Artis

“Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun” – Puteri Sarah Liyana

Kehadiran pihak ketiga dalam rumah tangga sememangnya sesuatu yang amat menyakitkan dan sukar untuk diterima oleh mana-mana pihak.

BACA: “Serang Mak Mentua Aku Wey” – Puteri Sarah Nekad Saman Bukan Sebab Nak Rebut Suami

Apatah lagi, bila mendapat tahu bahawa hubungan yang dijalinkan telah berlangsung selama bertahun-tahun dan terpaksa bersikap pasrah terhadap apa yang berlaku.

IKLAN

Situasi yang sama dilalui oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana apabila keadaan rumah tangganya goyah akibat kehadiran orang ketiga.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah telahpun membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas dicabar oleh wanita berkenaan.

Terbaharu, pelakon itu ‘membahasakan’ seorang netizen apabila individu itu memberi komen di Instagram tentang kemampuan suaminya untuk berpoligami.

Image 51

Netizen tersebut meminta supaya pelakon yang berusia 37 tahun itu menerima dengan hati yang terbuka sekiranya suami hendak berkahwin lain atas sebab agama membenarkan perkara berkenaan.

Namun begitu, Puteri lantas membidas komen ‘toxic’ berikut dengan menerangkan bahawa terdapat perbezaan antara ‘kahwin cepat’ dengan perbuatan ‘maksiat’ yang dikatakan berlangsung selama 4 tahun.

Walau apa pun, berharap agar segalanya berjalan lancar bagi Puteri dan keluarganya dan konflik dapat diselesaikan dengan segera.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas