Connect with us

Oh! Media

Iqbal Zulkefli Hairan Kenapa Nad Zainal Sekat Akaun Dia Juga

Iqbal zulkefli nadzainal ohmedia

Oh! Artis

Iqbal Zulkefli Hairan Kenapa Nad Zainal Sekat Akaun Dia Juga

Personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli pun kena block dengan Nad Zainal? Itulah apa yang diluahkan Iqbal semalam di Instagram selepas mendakwa akaun Instagramnya turut disekat Nad.

BACA: Nasihat Suami Nad Zainal Kepada ‘Korban’ Para Penggosip

Iqbal Zulkefli

Iqbal turut tertanya-tanya apakah dosa dan silapnya kepada Nad Zainal sedangkan dia tidak pernah berjumpa mahupun bertegur sapa di media sosial.

IKLAN

Saya tidak pernah berjumpa atau menyebut namanya di media sosial.Sampai sekarang saya tidak tahu kenapa saya di block olehnya di Instagram. Sampai sekarang saya tidak tahu kenapa begitu.

Katanya lagi, mungkin Nad Zainal tidak suka gara-gara namanya pernah muncul dengan pelbagai kontroversi suatu ketika dahulu. Biasalahkan, kitapun kalau tak suka orang tu dekat media sosial mesti terus sekat.

Saya pun kurang pasti mungkin dia (Nad) serabut bila nama saya muncul dengan pelbagai kontroversi kan, saya faham.

Kalau ada salah saya minta maaf. Sedikit sebanyak ia membuatkan saya down dan tertanya apa salah saya, sebab sebolehnya saya mahu menghormati dan berbaik dengan semua orang.

Image 69

Nama Nad Zainal ketika ini menjadi bualan ramai apabila beberapa selebriti seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah tampil mengeluarkan kenyataan seolah-olah enggan lagi dikaitkan dengan pelakon itu.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas