Connect with us

Oh! Media

Inspektor Sheila Bakal Dilamar Iqbal Zulkefli? Suka Wanita Yang Garang Katanya

Inspektor sheila iqbal ohmedia

Oh! Artis

Inspektor Sheila Bakal Dilamar Iqbal Zulkefli? Suka Wanita Yang Garang Katanya

Sebelum ni Ohmedia ada kongsi tentang pencarian calon suami oleh seorang pegawai polis iaitu Inspektor Sheila. Perkara itu dikongsi sendiri Sheila di Facebook dan mahukan lelaki bujang tanpa mengira apa sahaja latar belakang.

BACA: “Nak Kahwin Dengan Saya?” – Inspektor Sheila Cari Calon Suami, Permohonan Terbuka Kepada Lelaki Bujang

Terbaru, usahawan yang sebelum ini dikaitkan dengan Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya berminat dengan Inspektor Sheila. Iqbal terlebih dahulu dilihat memberikan komen mahukan Sheila untuk menghilangkan rasa sunyi.

IKLAN
Image 5

Pihak mStar kemudian terus menghubungi Iqbal yang menjelaskan dia benar-benar mahu mencuba nasib untuk menjadi suami kepada Sheila.

Ya, saya sunyi sekarang ini. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup.

Sejak nama dia jadi viral, saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.

Saya sukakan wanita yang garang. Lagi garang lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja. – Kata Iqbal.

Amboi Iqbal, boleh tahan juga citarasa awak ya? Apapun, Iqbal juga masih bujang, jadi kita doakan sahaja agar mereka berdua ni ditemukan jodoh yang baik-baik.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas