Connect with us

Oh! Media

“Inilah Contoh Yang Patut TV AlHijrah Jemput”, Netizen Kagum Lihat Sofyank ‘Collab’ Dengan Deadpool

Ohmedia sofyank

Oh! Artis

“Inilah Contoh Yang Patut TV AlHijrah Jemput”, Netizen Kagum Lihat Sofyank ‘Collab’ Dengan Deadpool

Siapa yang masih tak kenal dengan Sofyank noob! Haha! Bukan apa, anak muda macam inilah yang sepatutnya kita angkat dan sokong apa yang dilakukannya untuk lebih berjaya.

Sofyank yang cukup terkenal dengan gelaran Zach King Malaysia ni memang power hasilkan video yang cukup mengujakan. Hasil kerja Sofyank ni punyalah hebat sampai berjaya bekerjasama hasilkan video dengan nama besar Hollywood macam Zach King sendiri idola dia, Will Smith dan John Cena.

Tapi anak kelahiran Kelantan ini tak terhenti dekat situ sebab terbaru dia memukau netizen Malaysia sekali lagi lepas mengumumkan kerjasama terbarunya bersama pelakon Hollywood kegemaran ramai iaitu, Ryan Renolds.

IKLAN

Terdahulu, menerusi Instagram dia ada memuat naik video ‘teaser’ namun tidak menunjukkan muka pelakon itu. Tapi masa ni, walaupun muka kabur, senang sangat nak teka tu Ryan, haha!

Sofyank kemudian mendedahkan video cgi projek terbaru bersama Ryan Reynolds dan rata-rata peminat memang tak sabar nak tengok hasilnya.

ryan dan sofyank
ryan dan sofyank
ryan dan sofyank
ryan reynolds

Baik jemput Sofyank, bukan kaklong!

Netizen memuji anak muda ini dengan pencapaiannya dan berpendapat individu sepertinya wajar dijadikan inspirasi. Seorang individu di Twitter berkata, Sofyank adalah contoh yang boleh dijemput oleh stesen TV AlHijrah yang tular baru-baru ini kerana menjemput ‘kak long’ menjadi tetamu jemputan.

Apapun kita harapkan agar lebih banyak contoh positif diangkat bagi memberi inspirasi kepada semua terutamanya anak muda.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas