Connect with us

Oh! Media

“Ini Untuk Anak-Anak Saya” – Shuhada Pasang Peguam Tuntut Keadilan

Shuhada Shukri

Oh! Artis

“Ini Untuk Anak-Anak Saya” – Shuhada Pasang Peguam Tuntut Keadilan

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana didatangkan seorang peguamcara dan peguambela yang hebat iaitu Puan Nor Zabetha.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Shuhada dilihat bergambar bersama peguam itu di hadapan firma Nor Zabetha Chinna & Co, Batu Caves Selangor.

Jelas Shuhada, ini adalah perjalanan hidupnya demi dua anak tersayang iaitu Humairah dan Umar.

IKLAN

“Allah SWT hadirkan peguam hebat” – Shuhada

Shuhada atau lebih mesra disapa Shu memohon supaya urusannya dipermudahkan demi menuntut keadilan di dunia. Katanya, sejauh mana pun seseorang berlari, di akhirat kelak pesalah akan mendapat balasan yang setimpal.

Peguam Shuhada Shukri

Meninjau ke ruangan Facebook, Puan Nor Zabetha turut memuat naik foto bersama anak guamnya itu. Dia dapat merasakan pelukan erat dan semangat juang Shuhada yang kuat demi anak.

Kredit: Instagram Shuhada Shukri | Facebook Nor Zabetha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas