Connect with us

Oh! Media

Ini Ciri-Ciri Suami Yang Dicari Shila Amzah, Ibu Kepada Seorang Anak Lelaki

Ohmedia shila amzah

Oh! Artis

Ini Ciri-Ciri Suami Yang Dicari Shila Amzah, Ibu Kepada Seorang Anak Lelaki

Shila Amzah dah mula buka hati terima ayah baru untuk anak? Buka hati atau tidak, kalau sudah tertulis itu jodoh kita apa salahnya kan?

Itulah apa yang mungkin dirasai penyanyi Shila Amzah sekarang yang bergelar ibu tunggal. Shila dalam satu perkongsian di Instagram memaklumkan dia tidak mahu lagi menyembunyikan hal peribadi.

Ini kerana dia sudah penat dengan kecaman dan tanggapan orang lain sepanjang 22 tahun menjadi anak seni. Disebabkan itu, dia kini lebih bersedia untuk berkongsi apa sahaja tentang hidupnya kepada peminat dan menjadi lebih terbuka.

IKLAN

Bila ditanya soal jodoh, ini jawapan Shila

Dalam bidang muzik, saya pilih orang yang bekerja keras berbanding yang ada bakat. Jadi saya akan guna perkara yang sama dalam kehidupan peribadi.

Contohnya kalau dia anak orang kaya tapi tak reti kerja dan mengharapkan ihsan ibu bapa, saya elak. Saya nak orang yang rajin.

Saya tak nak orang yang tiada hala tuju dalam hidup dan tak tahu apa yang dia nak. Tiada matlamat hidup dan misi serta visi. Termasuklah orang yang tak bertanggungjawab atas hidup sendiri.

Shila turut akui tak pernah tutup pintu hatinya untuk menerima orang baru walaupun gagal dalam rumah tangga sebelum ini. Apapun, dia masih berhati-hati soal pasangan dan mahupun yang terbaik untuk dirinya dan anak.

Sebelum ini Shila berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas