Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan Fara Mendoza Untuk Buktikan Dia Tak Terlibat Pelacuran

Oh! Artis

Ini Alasan Fara Mendoza Untuk Buktikan Dia Tak Terlibat Pelacuran

Selepas pelakon Chaca Maembong menafikan penglibatan dirinya, pelakon Fara Mendoza turut menjadi target netizen untuk dikaitkan dengan isu artis jadi pelacur.

BACA: “Kalau Betul Saya Dapat RM40,000 Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi?” – Chacha

Bagaimanapun, Fara turut menafikan dirinya meniduri mana-mana golongan kenamaan dengan bayaran RM40,000 untuk satu malam.

Bagi pilihan jadi wanita belaan pun saya tak nak, inikan buat kerja murahan. Fikir logik lah, kalau saya buat keja tu, buat apa saya post pasal kerja-kerja saya di Instagram? Tak payah la saya jual kerepek, tak payah jual produk orang, buat review. Tak payah tukar-tukar baju solek tebal-tebal untuk buat promosi setiap hari. Tak perlu juga nak jadi ‘bigo star’ kena live ikut task setiap bulan. – Katanya.

Fara turut membayangkan kehidupannya akan tersangat mewah jika menerima bayaran sehingga RM40,000 satu malam.

Untuk apa nak buat video review hari-hari kalau dah buat job tidur RM30,000-RM40,000 satu malam? Pergh mewah sangat tu, kalau betul saya buat kerja tu, saya hanya perlu menayang semua aset-aset mewah tanpa bukti bekerja. Ada ke? Ada nampak? – Soalnya lagi.

BACA: Bayaran Hingga RM40,000 Satu Malam, Artis & Instafamous Terlibat Dalam Pelacuran Orang Kaya?

Memang banyak artis yang menjadi target netizen selepas kebanyakan mereka suka menunjukkan kehidupan mewah mereka. Bagi kami, kita tunggu sahajalah siasatan penuh pihak berkuasa. Apa-apapun mereka yang melakukan kesalahan akhirnya pasti akan ditangkap juga.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top