Connect with us

Oh! Media

“Ingat Mati Sana, Masuk Syurga Terus Ke?”- Komen Jahat Netizen, Persoal Impian Izara Aishah Meninggal Di Madinah

izara aishah

Oh! Artis

“Ingat Mati Sana, Masuk Syurga Terus Ke?”- Komen Jahat Netizen, Persoal Impian Izara Aishah Meninggal Di Madinah

Setiap orang mempunyai impian mereka tersendiri dan kita tidak ada hak untuk mempertikai impian orang lain. Apapun itulah lumrah menjadi seorang selebriti atau dikenali sebab mesti akan ada sahaja orang yang tak puas hati.

ADVERTISEMENT

BACA: Ditegur Haram Kongsi Foto Di Media Sosial, Izara Aishah Tanya Ustazah

Itulah apa yang dihadapi pelakon, Izara Aishah selepas berkongsi hasratnya ingin menetap di kota suci, Madinah kerana mahu jadi teladan baik kepada puteri sulungnya, Irisa Alaia.

Hembuskan nafas terakhir di Kota Suci

Menerusi temu bual eksklusif, dia yang mesra dipanggil Icha itu akui mempunyai banyak impian antaranya adalah untuk membahagiakan ahli keluarganya.

Izara malah berkata jika diizinkan, dia mahu menghembuskan nafas terakhirnya di Madinah.

Segelintir individu perli impian baik Izara

Bagaimanapun beberapa individu yang memberikan komen mereka di Facebook memerli dan mempersoalkan niat sebenar untuk tinggal dan meninggal dunia di kota suci berkenaan.

Mungkin dia ingat mati di Madinah masuk syurga terus. Kalau mati di Malaysia ke, di Kaherah ke, mungkin susah sikit masuk syurga.”

Meskipun ada yang memberikan komen negatif sebegitu, namun ada ramai yang mendoakan agar doa Izara dimakbulkan dan impiannya itu tercapai.

Kata mereka, jika niat baik dan impian disertakan dengan doa insyaAllah dimakbulkanNya.

Segelintir pula dilihat meluahkan impian masing-masing antaranya mahu mengandung dan melahirkan anak selepas lama menunggu rezeki zuriat.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas