Connect with us

Oh! Media

“Ingat Kami Di Mahsyar” – Ibu Bengang Video Lama Anak, Aisyah Aziz Berbaju Pendek Viral Semula

Aisyah aziz ibu ohmedia

Oh! Artis

“Ingat Kami Di Mahsyar” – Ibu Bengang Video Lama Anak, Aisyah Aziz Berbaju Pendek Viral Semula

Siapa sahaja yang suka bila perkara lama yang tidak berapa baik kembali menjadi viral di media sosial. Namun, itulah kehidupan seorang selebriti kerana apa yang sudah tersebar di media sosial memang agak susah untuk dipadam. Itulah juga yang terjadi kepada penyanyi, Aisyah Aziz.

BACA: Aisyah Aziz Bengang ‘Dia’ Buka Aib Orang Untuk Tutup Aibnya 

Ini apabila video menunjukkan Aisyah berbaju pendek dan berturban sewaktu melakukan persembahan bersama kumpulan Masdo tahun lalu kembali menjadi bualan netizen.

IKLAN

Penyebaran video itu bagaimanapun tidak disenangi ibu Aisyah iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad kerana ia telah mengundang kutukan dan cacian.

Image 2

MasyaAllah tabarakAllah, Alhamdulillah kami ucapkan atas posting ini untuk mengundang kutukan dan cacian.

Ingatlah Allah ada dan jika nawaitu hanya untuk mengaibkan dan cara ini membuatkan anda bahagia, teruskanlah. Tapi ingat, kami di mahsyar nanti ya.

Untuk pengetahuan korang, sejak awal tahun ini, Aisyah sudahpun memilih untuk lebih berpakaian tertutup dan sopan ketika melakukan persembahan. Kita doakan agar semua boleh berubah ke arah lebih baik.

Image 1

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas