Oh! Artis

‘Influencer’ Aisar Khaledd Sekali Lagi Gagal Tunai Janji, Nak Belanja Sarapan Kepada 500 Pengikutnya

Published on

Sebelum ini, seorang individu mendedahkan sindiket penipuan seorang ‘influencer’, Aisar Khaledd yang selalu memberikan pelbagai hadiah kepada pemenang yang meninggalkan komen di media sosial miliknya.

BACA: Individu Dedah Sindiket Penipuan Aisar Khaledd, Janji Nak Buat ‘Tour’ Rumah Ke Rumah Beri Hadiah

Baru-baru ini, tular pula satu status dimuat naik oleh peniaga sebuah gerai makanan yang mendedahkan sikap ‘influencer’ yang tidak menunaikan janji selepas menawarkan makanan percuma kepada 500 pengikutnya di media sosial.

Difahamkan, Aisar berjanji untuk menawarkan 500 orang pelanggan sarapan percuma berupa roti canai dan nasi lemak di sebuah restoran yang terletak di Terengganu.

Menerusi video itu, ‘influencer’ berkenaan dilihat membayar sejumlah wang kepada seorang individu yang merupakan pemilik gerai tersebut.

Pukul 9 pagi, saya akan berada di kedai ini. Kepada 500 orang saja, makanan termasuk roti canai, nasi lemak. Mana-mana orang Terengganu, 500 orang yang terawal sahaja. Ini setahun sekali je saya buat.

Namun, tular pula satu status Whatsapp yang mendakwa Aisar meminta untuk menangguhkan janjinya itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.

Mintak maaf belake esok dop jadi makan Aisar Khaleed suroh tanggu dulu, sebab yee ade hal sikit.

Rata-rata warganet memberi pelbagai respon dan kecaman dengan tindakan Aisar yang menangguhkannya secara tiba-tiba.

Kredit: Platform X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Dah rosakkan fasiliti kena reman pulak. Agak-agak siapa pemuzik tu ? OhTrending

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Exit mobile version