
Oh! Artis
Individu Gagal Kawal Nafsu Dinasihatkan Buang Gelaran PU, Imam Muda Atau Ustaz
Oleh
Tajuk artikel ni diambil dari kata-kata pengacara TV, Finaz Yunus yang geram melihat semakin ramai individu salah guna gelaran baik yang diterima hanya kerana ingin memuaskan nafsu.
Finaz yang juga bekas pengacara TV Alhijrah itu berkongsi pandangannya di Instagram mengenai isu pendakwah selebriti yang ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes amang seksual.
Jangan busukkan lagi nama Islam
Usah kita jadi bahan penyedap buat musuh agama membusukkan lagi nama Islam.
Seandainya tidak mampu mengawal nafsu kalian, tinggalkan dan cabutlah gelaran Pencetus Ummah, Imam Muda, Murabbi, Ikon dakwah, Ustaz, Muir dan sebagainya. Carilah kerjaya lain.
Selaku pengamal media, Finaz juga sering menerima berita seperti ini terlebih dahulu dan ia amat berharap agar orang lain tidak salah guna amanah dan tanggungjawab yang dipikul.
Dalam pada itu, dia turut mengingatkan gelaran itu terlalu besar nilai dan tanggunjawab yang dipikul.
Tidak sekadar populariti dijemput ke sana sini. Cukuplah Islam difitnah oleh musuhnya. – Luahnya lagi.
Kredit: Instagram
