Connect with us

Oh! Media

Individu Dedah Neelofa Dan PU Riz Bakal Disatukan Jumaat Ini, Turut Kongsi Lokasi Majlis Perkahwinan

Oh! Artis

Individu Dedah Neelofa Dan PU Riz Bakal Disatukan Jumaat Ini, Turut Kongsi Lokasi Majlis Perkahwinan

Masih dan sentiasa hangat diperkatakan, terbaru muncul pula pengguna media sosial Twitter yang tampil mendedahkan lokasi perkahwinan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz.

Neelofa PU Riz

Sebelum ini, bertiup kencang khabar angin yang mengatakan pengusaha tudung Naelofa itu bakal diijabkabulkan dengan PU Riz pada hari Jumaat ini.

IKLAN

Meskipun tiada jawapan muktamad daripada tuan punya badan, banyak spekulasi mengenai tarikh akad nikah yang khabarnya akan diadakan pada hujung bulan ini.

Terkini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi lokasi sebenar majlis perkahwinan pasangan tersebut yang menurutnya, bakal berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Twitter

Namun, ada juga tabloid berita yang mengumumkan bahawa Neelofa dan PU Riz bakal bernikah pada hari Sabtu ini.

Berita Neelofa

Masih tiada kenyataan rasmi, gosip pernikahan antara mereka berdua nampaknya semakin bertiup kencang selepas gambar Neelofa sedang mencuba baju kahwin serta ‘quote’ doa agar dipermudahkan urusan dimuat naik selebriti terkenal itu.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Mana satu yang betul ni? Apa-apapun, pihak kami ingin mendoakan agar segala apa yang dirancang oleh pasangan ini akan dipermudahkan serta berjalan lancar hendaknya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas